Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW Sebelum Wafat
Wednesday, 12 December 2012 | 10:07 | 0 weird people
  Tidak tahu kenapa disaat aku membaca kisahnya mengalir airmata membasahi pipiku. Terdetik dihatiku kenapa aku masih lupa kepada Allah dan Rasullullah sedangkan Mereka mengingati diriku ini? Terasa hina yang teramat sangat apabila sebelum Nabi wafat, Beliau masih menyebut ''Umatku, Umatku, Umatku'' sebanyak tiga kali. Dalam kesakitan ajal menjemput Beliau masih mengingati kita. AllahuRabbi malunya rasa ;'/ Mari hayati apa yang diperkatakan oleh YaRasullullah sebelum Baginda wafat........................................

 ''Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.''

  ''Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.''

  ''Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai berhak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melalukan zina.''

 ''Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah. Dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan ramadhan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah suadara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Saleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.''

 ''Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Iaitu : AL-QURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapakanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku''

 ''Saksikahlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU. ''

Selepas beberapa ketika turunlah ayat terakhir, ayat ke 3 suruh AL-MAIDAH..............

 ''Pada hari ini aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku kepada kamu dan aku redha kepada kamu Islam sebagai agamamu''

Selepas musim haji itu, Rasullullah mula kurang sihat. Beliau wafat di pangkuan Siti Aisyah pada bulan RabiulAwal




Assalamualaikum :')

CURRENTLY : Hamba Allah 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author