Bukan Tugas Kita
Thursday, 14 March 2013 | 03:22 | 0 weird people




Ohoi.


Jom mula simulator dakwah. *kutip kura-kura*

"Aku study punya kencang, tapi result... Felamaks. Hampeh."

"Jam aku hilang masa di masjid, aku baru beli kot. Beli di Paris pula, mahal gila!"

"Walaweh kau tumpahkan air aku! Aku belum minum lagi do."

"Bengang gila kot! Aku beratur nak beli tiket bas dari pagi, tengok-tengok sampai giliran aku, tiket habis."

"Dompet aku hilanglah weh masa dalam LRT tadi. Dalam tu ada banyak duit ayah aku baru bank-in."

"Peh! Kasut aku kena curi kot masa balik dari solat Jumaat tadi."

Kalau kita pernah hadapi salah satu situasi di atas, felamaks! Bengang dia jangan cakaplah. To the top of the Mountain Dew, jenama air tu.

Bertenang. Kalau kita daie, kita tahan diuji dengan masalah mad'u, kita boleh relax hadapi perpisahan, kita boleh chill bila ditimpa musibah. Kali ni, cuba jadi gila kentang bila diuji dengan rezeki pula? Sama lah aku pun, sama.

Ada perkara, kita rasa kita macam cannot go bila sesuatu yang kita sayang, hilang. Tambah bila ia banyak kenangan, ia mahal, ia susah nak dapat. Sakit woi.

Cuma, belajar melepaskan. Tak semua benda kita boleh pegang dalam satu masa. Ada benda yang kita sayang, kita kena lepaskan. Sebab bila sayang, kita sanggup berkorban. Bila namanya berkorban, ada masa ia melibatkan kehilangan. Melepaskan, it is not as easy as it seems. Sakit do.

"Because sometimes, we've to just let it go as there's no such thing as taking it all in one bite." - Anis

*betulkan spec*

Rezeki kita, Allah tentukan. Jodoh kita, Allah tetapkan. Mati kita, Allah dah susunkan. Pertemuan kita, Allah aturkan. Perpisahan kita? Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan kita berpisah, kita tak akan mampu terpisah walau berjuta ribu trillion dugaan yang datang. Felamaks!

Nak sentuh pasal result. Ehem.

Ehem lagi.

(Ehem lagi sekali)

Result hancur? Biarlah. PMR bukan end of the world kot. Banyak lagi peluang lain. SPM ada, STPM ada, STAM ada, belum lagi exams di universiti nanti. Paling obvious, exam akhirat masih ada, exam dalam kubur pun ada. UPSR fail? PMR tak ada A? Tak apa, boleh usaha lagi. Jangan down sangat. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah.

Memandangkan one of papers aku pun kecundang juga untuk first test ni, aku pesan ni pada diri aku jugalah. Tak payah down sangat. Usaha, bukannya menyesal meratap result tu macam orang dah tak ada masa depan. Kita menangis air mata kucing (darah) sekalipun, result tu tak akan berubah. MELAINKAN KITA USAHA LEBIH GEMPAK UNTUK EXAM AKAN DATANG. Benda dah lepas biarlah lepas. Bukan rezeki nak dapat yang paling cun kali ni, mestilah sebab Allah dah susun something yang lebih baik untuk kita. Just kita je tak sedar atau tak nampak lagi hikmah disebalik semua ni. One day, kita akan tahu juga, insyaallah.

*tarik nafas*

Bab jodoh pula, makin ramai yang risau separuh gila. Kononnya bila tak couple, tak laku. Kononnya tak ada orang nak masuk meminang, sedangkan umur dah 25, dah tak layak kahwin.

Relaxlah beb. Perjalanan masih jauh. Memanglah semua orang pun nak kahwin, tapi janganlah kerisauan kita pasal jodoh tu melebihi risau kita hidup dalam kemurkaan Allah.

Tapi yang peliknya, yang umur 12 tahun pun dah pandai till jannah dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Come on lah dik, hidup ni masih jauh. Kalau umur 12 dah berjanji nak kahwin sama-sama masa umur 23 tahun ni, ada 11 tahun tempoh untuk couple. Super cool! Sedangkan dalam tempoh SEBELAS tahun tu, macam-macam benda boleh jadi. Kalau ya pun berjaya bertahan dalam tempoh tersebut, tak mustahil lepas kahwin nanti mula rasa bosan dengan pasangan. Lepas dua tiga tahun, bercerai. Sedangkan sebelas tahun couple tu mampu pula lah kan?

Memanglah tak salah nak cari calon suami/isteri. Tapi kalau duit belanja sekolah pun mak ayah bagi hari-hari, duit topup pun mak ayah support, makan minum pun mak sediakan, solat pun kena paksa baru nak buat, lebih baik fokus pada pembinaan individu muslim dulu. Baitul muslim ni jauh lagi. Kalau dah ready, masak dah reti, solat pun terjaga rapi, dah ada rumah dan duit sendiri, insyaallah jodoh tu datang nanti.

*sengih*

Ada benda, bukan tugas kita. Soal rezeki, ajal maut, pertemuan dan perpisahan, soal jodoh. Semuanya bukan tugas kita. Kita tak tahu kita mati bila. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita tak expect siapa yang kita akan jumpa in future. Kita tak tahu apa rezeki kita. Semuanya rahsia Dia. Kalau semua pun kita nak handle, payahlah.

Jadi, jom belajar melepaskan. Belajar redha dengan segala ketentuan. Semoga berjaya jadi manusia dalam iman.

Assalamualaikum :')

CURRENTLY : Hamba Allah 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author